Tuesday 9 December 2014

MINIT MESYUARAT PEMILIHAN MURID PRASEKOLAH






SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG KERAT TELUNJUK
BANDAR BAHARU, KEDAH
MINIT MESYUARAT PEMILIHAN MURID PRASEKOLAH SESI 2015





Tarikh                         : 26 Oktober  2014
Hari                             : Ahad
Masa                          : 1.00 Tengahari
Tempat                       : Bilik Mesyuarat SK Permatang Kerat Telunjuk

Kehadiran :
Hadir :
1.    En. Jamil b. Ramli (Guru Besar SK Permatang Kerat Telunjuk)
2.    En. Zulkarnain b. Lobong (PK Pentadbiran)
3.    Pn. Nor Hasliza bt. Hashim ( PK HEM)
4.    En. Roslan b. Mohd (PK Kokurikulum)
5.    En. Mohd Nasir b. Rabeaai. (Pengerusi PEWARIS)
6.    Cik. Nurazean bt. Md Isa (Guru Prasekolah)
7.    Pn. Che Jaziah bt. Abdul Rahim (Guru Tahun1)
8.    Pn. Intan Farhana bt. Mohd Fadhil ( PPM)
9.    En. Azizan b. Hashim (Guru Pendidikan Islam)           



Hadir Bersama :
            -

Agenda
I.        Perutusan pengerusi
1.    Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir untuk mesyuarat pemilihan murid prasekolah sesi 2015 ini. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan membaca surah al-fatihah.




II.        Perbentangan Borang Pemohonan
2.    Pengerusi meminta guru Prasekolah Intelek iaitu Cik Nurazean bt Md Isa agar membentangkan borang permohonan murid prasekolah untuk sesi 2015.
3.    Cik Nurazean bt Md Isa memaklumkan untuk sesi persekolahan 2015 murid berumur 5 dan 6 tahun yang memohon memasuki kelas Prasekolah Intelek ialah seramai 21 orang.


III.        Pemilihan
4.    Memandangkan murid yang memohon hanya 21 orang sahaja sedangkan prasekolah menyediakan tempat maksimum seramai 25 orang murid maka semua murid layak untuk diterima masuk ke Prasekolah Intelek bagi sesi persekolahan 2015.
5.    Cadangan supaya semua pemohonan tersebut diterima untuk sesi persekolahan tahun 2015
Dicadangkan oleh         :          Pn. Che Jaziah binti Abdul Rahim
Disokong oleh                :          En. Mohd Nasir bin Rabeaai
Ahli mesyuarat yang hadir telah sebulat suara untuk bersetuju memilih kesemua 21 orang murid yang memohon.
6.    Ahli jawatankuasa mesyuarat juga bersetuju akan menerima sesiapa sahaja yang menghantar borang selepas mesyuarat ini diadakan. Namun murid tersebut mestilah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.


  1. Hal-hal lain
7.     Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada jam 2.00 Petang



Disediakan oleh,                                                            Disahkan oleh,


………………………                                                    ……………………..
(Cik Nurazean bt Md Isa)                                            (En. Jamil b Ramli)
Setiausaha PEWARIS                                               Guru Besar
      Prasekolah Intelek, SKPKT                                       SK Permatang Kerat Telunjuk



SWEET 2014


HARI TERAKHIR PERSEKOLAHAN SESI 2014....

YA RABBI..IZINKANLAH..AKU KEMBALI PADAMU..MESKI MUNGKIN TAKKAN SEMPURNA...AKU SBG HAMBAMU..Opick - Taubat (Lirik)